Beraksi di arena lawan tidak memberikan masalah buat pelawat apabila terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-15 menerusi Mohd Badri Radhi.
Tersentak dengan jaringan awal pelawat, tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 untuk mengikat kedudukan 1-1.
12 minit kemudian, Kelantan pengadil memberikan penalti buat Kelantan selepas bola terkena tangan pertahanan tuan rumah. Kapten pasukan Indra Putra Mahyuddin tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan Kelantan mendahului 2-1.
Badri Radhi menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga di minit-minit akhir separuh masa pertama menerusi sepakan percuma untuk memastikan Kelantan membawa bekalan selesa ke bilik persalinan.
Minit ke-80 Hairuddin Omar melengkapkan malam cemerlang Kelantan apabila menjaringkan gol untuk memastikan Kelantan membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.
Dengan kemenangan ini, Kelantan terus mencerahkan peluang untuk mencabar pendahulu liga Selangor.
KESEBELASAN UTAMA
Syed Andey, Azizi Mat Rose, S. Subramanian, Dausu, Zairol Fitri,Indra Putra (c), Shakir Sha'ari, Badri Radzi, Nor Farhan
S.Chanturu, Nor Shahrul Idlan
No comments:
Post a Comment