Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Monday, February 15, 2010

MISI MEMBURU BEKALAN SELESA

Setelah berehat hampir dua minggu dari sebarang perlawanan, Selasa ini pasukan Kelantan akan bertandang ke Alor Star untuk bertemu dengan Kedah dalam saingan pusingan kedua Piala Fa.

Bertandang ke gelanggang lawan bukanlah semudah yang disangka, berdepan dengan lawan yang pernah menewaskan mereka dilaman sendiri memberikan sedikit tekanan buat pengendali skuad Wira Merah,B.Sathianathan. Ditambah pula dengan misi yang cukup besar digalas iaitu membawa pulang bekalan jaringan yang selesa ke Kota Bharu sebelum perlawanan kedua.

Kelantan yang mendapat "bye" pada pusingan pertama, tampil selaku naib juara musim lalu pasti mengharapkan sentuhan ajaib Sathianathan untuk mengulangi apa yang dilakukan Peter Butler pada musim lepas.

Pertemuan kali ini bukan sahaja menguji kredibiliti kedua-dua jurulatih pasukan, tetapi pertarungan kali ini dilihat lebih kepada ketajaman penyudah kedua-dua pasukan.

Kelantan pasti mengharapkan sentuhan penyudah berbisa peledak sensasi kebangsaan Nor shahrul Idlan Talha bersama gandinganya untuk merobek gawang gol yang dikawal oleh Helmi Eliza Elias, sementara itu Kedah pasti mengharapkan sentuhan berbisa penjaring terbanyak liga super setakat ini iatu Azlan Ismail untuk merobek gawang Kelantan.

Kedah dijangka memberi saingan sengit kepada Wira Merah, jika berjaya melepasi pusingan ini, kedua-dua pasukan dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Laluan mudah dilihat menanti kedua-dua pasukan tambahan pula semua lawan yang akan ditentang dari saingan Liga Perdana.

Kedah pasti menjanjikan gandingan mantap di posisi pertahanan yang dikemudi oleh pertahanan kebangsaan Mohd Azmi Muslim,Mohd Sabree Mat Abu bersamaV.Thirumurugan, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin dilihat mampu menyekat kemaraan rangkaian penyerang Kelantan. Biarpun ketiadaan Khyrill Muhymeen yang berehat lama akibat kecederaan lutut, rangkaian jentera tengah mereka harus diawasi. Gandingan Shahrul Nizam Mustapa, Ahmad Fauzi Shaari, Badrol Bakhtiar bersama Khairul Helmi Johari mampu mendominasi jentera tengah jika dibiarkan bergerak bebas.

Gandingan Mohd Azlan Ismail bersama Mohd Zamri Chin juga harus dirantai secukupnya oleh pertahanan Kelantan jika tidak mahu berputih mata.

Kelantan yang mendapat "bye" menggunakan rehat yang ada memperkemaskan barisan pemain mereka termasuk mengadakan kem motivasi untuk megembalikan semula moral pasukan.

Posisi Pengjaga gol cukup memeningkan ketua jurulatih Kelantan B. Sathianathan untuk membuat pilihan. Kelibat penjaga gol vateran Halim Napi yang mempamerkan cemerlang serta kesungguhan Syed Adney merebut kembali tempatnya memberikan isyarat bahawa keduanya sudah bersedia untuk menggalas tangunggjawab tersebut.

Diposisi pertahanan, memberikan berita khabar kurang enak buat pasukan, apabila pertahanan kental S.Subramaniam dilaporkan mengalami kecederaan. Namun begitu ia bukan masalah besar buat Sathianathan untuk mencari pengganti. Ramuan pemain yang dimiliki seperti Farisham Ismal dan Rizal Fahmi dilihat mampu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Subramaniam.

Tugas merantai penyerang sensasi Kedah Azlan Ismail pasti diberikan kepada seorang lagi pertahanan kental Azizi Mat Rose. Kombinasi bersama Mohd Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree dilihat sudah semakin mantap.

Jentera tengah Kelantan sekali lagi mempertaruhkan sentuhan kapten pasukan Indra Putra untuk bergandingan bersama Muhd Badri Radzi dan Mohd Shakir untuk menggerakan posisi tersebut.

Di posisi serangan, peminat pasti mengharapkan akan ada perubahan drastik dilakukan oleh Sathia dalam memastikan Kelantan membawa pulang bekalan gol selesa sebelum perlawanan kedua. Kemampuan Nor shahrul Idlan tidak perlu dipertikaikan. Tetapi jelas persembahan Hairuddin Omar begitu mengecewakan – gagal mencipta gerakan menarik dan kekurangan idea untuk membawa masuk bola ke kawasan bahaya pihak lawan. Cuma bersandarkan kepada tandukan berbisanya yang sehingga kini kita masih lagi belum menampakkan sumbangan gol daripadanya.

Masanya sudah tiba untuk Hairuddin membuktikan kepada penyokong setia Kelantan bahawa pembelian mereka musim ini bukan sia-sia untuk Kelantan. Beliau perlu buktikan bahawa mereka mampu menjadi penyerang terbilang Kelantan dan tidak hanya menjadi penumpang dalam pasukan yang meresahkan puluhan ribu penyokong Kelantan dengan aksi serba longlai.

No comments: