KOTA BHARU - 25 Ribu peminat setia Kelantan terpaksa menerima kepahitan angkara kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Syed Adney apabila bola sepakanya tertampan Mohd Azlan Ismail Seterusnya memberikan gol kemenangan buat pelawat.
Kelantan yang beraksi dilaman sendiri bermain secara menyerang namun gagal menemui sentuhan penyudah.Separuh masa pertama menyaksikan kelantan mengusai hampir keseluruhan namun sekali lagi dihampakan oleh ketumpulan barisan penyudah.Pada Minit 41, Syed Adney menceriakan Ahmad Yusoff apabila memberikan gol kemenangan buat pelawat selepas bola sepaknya tertampan kaki Azlan Ismail seterusnya melantun masuk ke gawang gol kelantan.
Gol tersebut memastikan pelawat membawa bekalan selesa ke bilik persalinan.Separuh masa kedua menyaksikan kelantan membuat pertukaran bagi menyamakan kedudukan.Peluang terbaik menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-60menerusi Azizi Mat Rose namun sepakanya tersasar.Selang dua minit kemudian, Kelantan sekali lagi berpeluang menjaringkan gol menerusi kapten pasukan, tetapi tandukan Indra sedikit tersasar walaupun peluang sudah terhidang.
Di minit-minit akhir perlawanan menyaksikan kelantan terpaksa beraksi 10 pemain apabila Che Hisamuddin dilayankan kad merah apabila mengasari pemain pelawat Mohd Fazliata Taib.
Kekalahan malam ini menyaksikan leburnya rekod tanpa kalah musim ini ditangan Kedah.
No comments:
Post a Comment