Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, January 9, 2010

KELANTAN TAMPIL DENGAN JERSI BARU


INILAH BARISAN PEMAIN KELANTAN BERSAMA JERSI YANG AKAN
DI PAKAI MUSIM 2010

(GAMBAR : DI SPONSOR OLEH EN.GUNA LARI)

KOTA BHARU – Kelantan tampil bergaya musim 2010 apabila menerima tajaan jersi dari jenama terkenal Umro lapor Muhammad Yatimin Abdullah.

Pelancaran jersi baru yang bakal disarung oleh barisan pemain Kelantan itu diperkenalkan secara rasminya oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Anuar Musa di Kota Bharu Trade Canter semalam.

Pelancaran ini juga menamatkan penantian ribuan peminat setia Kelantan untuk melihat jersi keramat pasukan mereka.

Musim 2010 menyaksikan Kelantan akan menggunakan jersi serba merah dilaman sendiri dan serba putih bagi arena lawan.

Jersi Kelantan musim ini tanpak lebih menarik apabila logo 1 malaysia turut dipaparkan pada jersi Kelantan sebagai tanda sokongan dari pihak KAFA menyahut seruan kerajaan.

Selain itu, musim ini menyaksikan Kelantan ditaja oleh Sinar Harian, Syarikat Penerbangan Terkemuka Air Asia, Yusmira Trading selan dari Umro.

Dalam pada itu, Tansri Anuar Musa mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak Umro, Air Asia, Yusmira Trading dan Sinar Harian diatas jataan yang diberikan.

Turut diadakan semalam ialah pelancaran web rasmi Kelantan iaitu theredwarriors.com. pelancaran web rasmi ini bakal membuka lambaran baru buat bola sepak Kelantan selaras dengan kebangkitan semula pasukan itu.

“Laman sesawang ini diwujudkan bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan infomasi terkini berkaitan dengan pasukan Kelantan, selain itu ia juga sebagai tanda sokongan pihak kafa kepada peminat serta merealisasikan tahun 2010 sebagai tahun bola sepak kelantan

No comments: