Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, January 1, 2010

HADIAH TAHUN BARU MALAYSIA : GULA NAIK 20 SEN


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk meraikan sambutan tahun baru 2010. Syukur Alhamdulillah. Di Kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga kedatangan tahun baru ini akan menghadirkan 1001 satu sinar baru buat kita semua.

Semalam ada dua perkara penting yang telah berlaku iaitu 1. Sambutan Tahun Baru 2010 dan 2. Gerhana Bulan. Dua perkara yang cukup penting dan perlu dihayati oleh kita semua yang bernama Manusia.

Semalam saya sempat menyaksikan secara langsung dari kaca TV acara sambutan tahun baru yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Suasaba yang cukup meriah dan gilang gemilang itu telah berjaya menarik minat ribuan pengungjung untuk bersama-sama meraikan acara tersebut. Begitu meriah, bak kata penyapai berita sesuai dengan Konsep 1 Malaysia.

Hari ini Jumaat bermula lah tahun baru iaitu 2010. Dalam kegairahan kita menyambutnya semalam, sesuai dengan konsep 1 Malaysia " Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan. Kerajaan telah memberikan hadiah yang bermakna buat seluruh rakyat malaysia yang hadir bersama- sama meraikan sambutan semalam dengan " Menaikkan Harga Gula Sebanyak RM 0.20 sahaja.


Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom.

Menurut beliau dalam laporan akhbar tempatan (Kosmo). Beliau berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.


"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.


"Harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini. Sebelum ini harganya 14 hingga 16 sen AS (Amerika Syarikat) bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen AS, jadi kerajaan perlu menaikkan harga gula," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada 13 September 2006 iaitu sebanyak 5 sen daripada RM1.40 kepada RM1.45 bagi Semenanjung manakala RM1.55 bagi Sabah dan Sarawak.

Jika tidak dinaikkan, Mohd. Zain berkata, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.



Ha.ha.. itulah alasan yang diberikan oleh kerajaan tiap- tiap kali harga barangan dinaikkan. Tindakkan cerdik dengan membandingkan harga di Malysia dengan Negara Lain Di Rantau Asean memang tepat dan bernas. Marilah kita berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, yang tidak pernah memikirkan nasib rakyat yang berpendapatan rendah.


Barang kali inilah yang dikatakan kerajaan yang cakna pada rakyat selaras dengan konsep 1 Malaysia " Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan". Nampak gayanya slogan tersebut kena tukar " Rakyat Di Bebankan, Keuntungan Di Utamakan".

Yang Selebihnya.... Fikirlah Sendiri...



No comments: