Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, November 3, 2009

TERKINI DARI KEM KELANTAN

Kelantan, Perak tercicir



FINALIS Piala Malaysia 2009, Kelantan antara negeri yang tidak layak beraksi pada saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimana pun, kesahihan berita terbaru daripada kamar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu masih dipersoalkan.

Apa yang pasti, Kelantan adalah antara lima negeri yang dilaporkan tidak layak beraksi pada Liga M musim 2010.

Negeri lain termasuk Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka serta sebuah pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda.

FAM menjelaskan, keenam-enam pasukan tersebut telah gagal memenuhi syarat kelayakan ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu termasuk tunggakan gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) para pemainnya sehingga tarikh tutup pendaftaran Sabtu lalu.

Selain itu, dua pasukan berstatus kelab iaitu UPB-MyTeam dan Proton FC turut tidak akan menyertai saingan Liga M 2010 setelah mereka memilih untuk menarik diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

"Pasukan-pasukan yang layak beraksi pada Liga Super 2010 ialah Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, KL Plus, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, KM Naza, Johor dan T-Team.

"Sekiranya bilangan 11 buah pasukan ini kekal sehingga waktu kita membuat jadual perlawanan, kita akan pilih satu pasukan daripada Liga Perdana yang berkelayakan untuk menjadikan 12 pasukan semuanya.

"Bagi Liga Perdana 2010 pula, sebanyak 10 pasukan layak beraksi iaitu PDRM, Kuala Lumpur, ATM, Sabah, PKNS, Felda United, Pos Malaysia, Tambun Tulang, Harimau Muda B dan Sarawak.

"Secara keseluruhannya, tanpa enam pasukan yang tidak memenuhi syarat dan dua pasukan yang menarik diri ini, Liga M 2010 tidak akan terganggu kerana kita masih mempunyai pasukan mencukupi," katanya ketika ditemui semalam.

FAM sebelum ini menetapkan 14 Oktober lalu sebagai tarikh akhir pendaftaran pasukan untuk Liga M 2010 tetapi kemudian memberi lanjutan sehingga 31 Oktober bagi membolehkan beberapa pasukan melengkapkan permohonan mereka.

Bagaimanapun, Che Mat menjelaskan, keputusan JKPT FAM itu tetap tertakluk kepada penetapan akhir oleh Majlis FAM yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini.

"Ini adalah keputusan yang dibuat JKPT kerana mengikut peraturan, enam pasukan ini memang tidak layak untuk didaftarkan bagi musim 2010 kerana mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan walaupun FAM telah memberikan surat ulangan kepada mereka.

"Jadi kita akan kemukakannya kepada Majlis FAM untuk tindakan selanjutnya," jelas Che Mat yang juga merupakan Naib Presiden FAM.

Ditanya adakah UPB-MyTeam dan Proton FC akan didenda kerana menarik diri, Che Mat berkata: "Tindakan dan hukuman akan dibincangkan kemudian. Tapi jika mereka mahu kembali menyertai Liga M pada masa akan datang, kena bermula dari bawah iaitu Liga FAM."


Sumber : Kosmo.com.my


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...kepada semua peminat kelantan, diharpakan bersabar tentang kenyataan yang dipaparkan dalam akhbar hari ini tentang isu kelantan akan tercicir dari saingan musim depan.

Tadi saya telah menghubungi sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi mendapatkan pandangan tentang isu ini. Untuk makluman para peminat bola sepak kelantan isu ini telah selesai dan kelantan layak untuk beraksi pada saingan musim hadapan. Jadi jangan risau dan bimbang sorakkan Gomo Kelate Gomo akan terus bergema selaki peminat bersama dengan pasukan wira merah..

Bagi pendapat kawe, FAM saja jah buat isu, nak jatuhkan moral player sempena final piala malaysia hubung minggu ini dan untuk buktikan bahawa kelantan masih lagi berada ditakuk lama, walaupun pengurusan telah berubah dan telah berjaya membawa KAFA keluar dari kepompon kewangan yang agak teruk suatu masa dulu.

Inilah sikap dan budaya FAM bila tengok bola kelantan nak maju skit, terus nak mampus bukan nak sama-sama bantu dan tolong...jadi bagi peminat pasukan kelantan marilah sama-sama kita buktikan bahawa kita adalah pasukan yang terbaik dan penyokong yang berhemah....

Pastikan Piala Malaysia 2009 Milik Kita.....

No comments: