Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, November 21, 2009

RAMUAN TERBAIK KELANTAN 2010




Nor Shahrul Idlan Menjadi Taruhan Kelantan Untuk Musim 2010


Kekalahan dipentas akhir Piala Malaysia tempoh hari terus dilupakan dari lipatan sejarah, apabila gergasi baru Pantai Timur iaitu kelantan tampil dengan persiapan lebih awal bagi menghadapi musim 2010.


Setelah berjaya memancing nama-nama besar berstatus bintang pada musim lepas seperti Indra Putra, Khalid Jamlus, NorFarhan, Daudsu Jamaluddin, Ahamad Azlan Zainal dan Che Hisamuddin Hassan, jagoaan pantai timur ini tampil dengan tujuh lagi muka baru, yang rata- ratanya berstatus bindang bagi memantapkan lagi pasukan sebelum sepak mula liga super dimulakan awal januari depan.


Tujuh muka baru yang telah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyarung jersi keramat merah putih ialah Nor Shahrul Idlan Talhah (penyerang), Akmal Rizal Ahmad Raqli ( Penyerang), chanturu s/o Supiah, Syed Adney Syed Hussin ( Penjaga Gol), Azizi Mat Rose (Pertahanan), Shakir Sa’ari (Tengah) dan S. Subaramanian (Pertahanan).


Kehadiran tujuh muka baru ini, dilihat mampu merealisasikan hasrat pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahukan sekuarang- kuarang 2 Piala dan berada di kelompok teratas dalam saingan Liga musim depan.



Kehadiran penyerang kebangsaan Nor Shahrul Idlan dan bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal serta pemain lincah dari skuad Harimau Kumbang Chanturu dilihat mmapu mempertajamkan lagi jentera penyudah kelantan. ketajaman penyudah Nor Shahrul Idlan pasti ditagih oleh peminat setia skuad wira merah. Ketiga-tiga pemain tersebut akan bergandingan dengan peledak berbisa kelantan iaitu Nor Farhan, Indra Putra dan penyerang licik Che Hisammuddin Hassan.


Menyedari kelemahan ketara dibahagian jentera tengah, skuda wira merah telah berjaya mendapatkan semula khidamat bekas pemain skuad Piala Presiden iaitu Shakir Sa’ari (MyTeam) untuk digandingkan bersama Mohd Badri Radzhi, dilihat mampu memberikan impak buat jentera tengah. Kemampuan serta kepakaran yang dimiliki oleh Shakir sememangnya ditagih oleh kelantan bagi merencanakan corak di bahagian tengah kelantan yang dilihat agak tenggelam sebelum ini.


Kelemahan ketara di posisi pertahanan telah memaksa pihak pengurusan kelantan melakukan rombakkan apabila membawa masuk beberapa pemain berpengalaman untuk memperkuatan bahagian pertahanan. Antara muka baru tersebut ialah Azizi Mat Rose (perils) dan S. Subramaniam (Perak). Kemasukan pemain ini mampu membentuk barisan benteng yang ampuh bersama barisan sedia ada seperti Mohd Farisham, Rizal fahmi, Azlan Zainal, Zamri dan beberapa orang pemain yang berpengalaman.


Kemasukan Syed Adney ke kem kelantan menyaksikan penjaga gol veteran Mohd Halim Napi disingkirkan dari skuad kelantan. penyikiran tersebut bagi memberikan peluang kepada Halim untuk menjawat jawatan sebagai jurulatih penjaga gol. Pemilihan Halim sebagai jurulatih penjaga gol sememangnya tepat berdasarkan pengalaman dan kreadibiliti beliau sebagi bekas penjaga gol kebangsaan.


Untuk saingan musim 2010, kelantan masih lagi mengekalkan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih manakala Hashim dan Sidiq sebagai pembantu jurulatih. Percaturan dan ramuan berbisa sathia pasti ditagih oleh para peminat untuk memastikan impian dan cita-cita rakyat kelantan dan pengurusan KAFA tercapai untuk mendakap dua piala musim hadapan.

Selain itu, kelantan juga membuat sedikit rombakan apabila menggugurkan bekas penyerang veteran kebangsaan iaitu Mohd khalid Jamlus.


Berdasarkan ramuan ini, penulis melihat inilah ramuan yang terbaik yang pernah dimiliki oleh pasukan kelantan. ramuan ini dilihat mampu memberikan impak yang besar buat pasukan kelantan untuk musim hadapan.


Pesanan saya untuk para pemain, selamat berjuang dan selamat maju jaya.

2 comments:

Mazram Idzam Ridzal Mahmud said...

Barisan impian kelantan 2010. Saya bagi 5 game pertama untuk b.sathianathan menaikkan nama Kelantan. Kalu hancur 5 game ni, maka hancurlah Kelantan musim hadapan.

Kita kena realistik dan terima kenyataan. Ramai yang pertikaikan taktikal Sathia lebih2 lagi pada perlawanan akhir lalu. Saya turut tidak terkecuali.

Abe Ya said...

betul kata saudara mazram, saya bersetuju dengan pedapat dan ulasan yang diberikan. 5 games pertama adalah ujian getir bagi sathia dalam merencana hala tuju pasukan kelantan musim depan, jika hancur lima games pertama maka hancurlah team kita dari segi teorinya...

tapi kita perlu memberikan peluang kepada sathia untuk merencanakan pasukan kelantan musim depan..apa2 pun tunggu perlawanan persabatan..barulah kita boleh nilai kemampuan sathia sebelum wisel sepak mula