Assalamualaikum…
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, aku masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menulis di blogkku ini. Walaupun dibebani dengan tugas seharianku yang semakin hari semakin mencabar.
Minggu ini cukup memenatkan sepanjang aku menjadi seorang guru. Banyak perkara dan ujian yang terpaksa aku tempuhi lebih-lebih lagi sebagai seorang guru disiplin. Kini barulah ku tahu betapa besarnya dan bebanan tugas yang terpaksa dipikuloleh seorang insan yang bergelar guru disiplin.
Tapi aku tetap memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana, setiap ujian yang aku tempuhi dapat diselesaikan dengan rahmat darinya. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Sepanjang aku bertugas sebagai seorang guru, banyak perkara yang aku pelajari antaranya kesabaran dan ketabahan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Bukan mudah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan,ini kerana tersalah didikkan boleh membawa kecelakaan.
Begitulah beban yang terpaksa aku tanggung. Berat mata memandang berat lagi bahu aku yang memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku. Memang besar kata bait-bait lagu :
Tugas seorang cikgu umpama arkitek,
Baca pelan kena tahu baru bangunan bulih jadi molek,
Kurikulum bersepadu sekolah menengah,
Orang tak tahu tugas cikgu tak payah dok berkecep”
Suka atau tidak aku terpaksa laksanakan jugas tugas yang telah diamanahkan kepadaku. Syukur aku panjatkan kepadamu ya Allah, kerana engkau telah memberikan rahmat kepadaku untuk menjadi seorang guru, ini kerana impian sejak kecil lagi untuk menjadi seorang guru. Selain itu, melalui kerjaya guru ini juga, aku dapat meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh guru-guru yang pernah mendidikku suatu ketika dahulu.
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang pernah memberikan tunjuk ajar dan didikkan kepada diriku sehingga aku menjadi seorang insan yang berguna. Terima kasih banyak-banyak.. aku percaya dengan kata-kata ini....
Guru….
Dalam ajar mu ada harapan,
Guru...
Dalam teguranmu ada nasihat,
Guru...
Dalam marahmu ada sayang,
Guru...
Dalam tawamu ada mesra,
Guru...
Dalam diammu bijaksana,
Guru...
Dalam tanganmu aku terbina,
Menjagi Insan yang berguana pada agama, nusa dan negara....
No comments:
Post a Comment