INDRA giat berlatih menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang KL Plus malam ini. Ehsan : Kosmo.com.my
Kepada semua peminat setia wira merah, anda dialu-alukan untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda yang akan turun menentang Peronda Lebuh Raya jam 8.45 malam ini, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Berdasarkan keputusan suku akhir pertama, kedudukanya Seri 1-1. Keadaan ini dilihat memihak kepada pasukan wira merah, memandangkan mereka beraksi dilaman sendiri dan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Kelebihan ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya oleh pasukan kelantan. Jika menang pada malam ini, Kelantan akan menamatkan penantian selama 8 tahun untuk layak ke Separuh Akhir, selepas era K.Rajagobal.
Namun begitu, berdepan K.L Plus bukanlah tugas mudah, ujian getir pastinya akan menanti anak didik Sathia. Berdasarkan reaksi yang diberikan oleh Mat Zan dalam temubual bersama Info Sukan RTM tengah hari tadi, jelas mengambarkan bahawa mereka sedikit pun tidak tertekan dengan reputasi kelantan.
Apa-apun kita tunggu penentuanya malam ini, satu pertemuan yang cukup dramatik dijanka akan melanda kota bharu pada malam ini...
Ayuh penyokong setia kelantan, datanglah beramai-ramai memberikan sokongan pada pasukan kelantan kita...
No comments:
Post a Comment