Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, October 30, 2009

PESAN CIKGU ….


Wahai anak-anak didiku yang masih muda remaja

Awasilah dan berhati-hati bila memulakan langkah

Wajahmu manis umpa gula yang berbisa

Pasti ramai yang akan terpikat dan terpesona

Cikgu tidak pernah melarang untuk engkau bersuka ria

Asalkan engkau tahu batas-batas agama


Wahai anak-anak didikku

Jangalah engkau leka dengan hamparan dunia

Hingga engkau lupa akan impian dan cita-citamu

Ingatlah harapan dan cita-cita orang tua

Yang mahukan engkau Berjaya.


Anak-anak didikku yang kusayang

Masih lagi ku ingat bila tiba waktu petang

Dari sekolah engkau pulang

Bergalas dan berbimbit buku sampai ke pinggang

Siapa melihat pasti terwan

Ingat engkau masih lagi bersekolah awas dengan sebarang cubaan

Ingat engkau akan ambil peperiksaan

Agar cerah masa depan yang di impikan.


Tumpukan perhatian dalam pelajaran dengan sepenuhnya

Ingat usaha tangga kejayaan

Walau dimana engkau berada jangan sesekali lupa padaNya

Serahkan segala-galanya kerja buatmu padaNya


Anak-anak didikku yang dikasih dan di sayang

Ingatlah marahku bukan kebencian

Tapi kerana sayang

Sayangku yang mahukan engkau mencapai kejayaan

Anak-anak didiku sekalian

Bila engkau telah berjaya dalam kehidupan

Aku sebagai cikgumu turut tumpang gembira

Tapi andai sebaliknya..

Janglah engkau rasa kecewa

Sekali engkau terkandas ingat bukan untuk selamanya

Dihati sematkan pesanan

Ingat cikgu selamanya….



Coteran ikhlas buat anak-anak didikku di SMU (A) DARUS SALAM…

Dari Cikgu Mu…

Cikgu Mie

Cikgu Ma

Cikgu Dah..

No comments: