Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, September 19, 2009

PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Justify Full
Allah Huakbar (7x) Walillah Hillham segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pengurus alam sejagat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda dan para sahabat serta pengikut setia Baginda sampai akhir zaman.


Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma esok hari.


Kedatangan Syawal seharusnya dimanfaatkan oleh kita semua, sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang diberikan. Janganlah kita leka meraikan kemenangan sebulan berpuasa, setelah kita telah berjaya mengekang hawa nafsu dan tingkah laku semasa di bulan ramadhan. Semoga rahmat dan semangat ramadhan kita teruskan di bulan-bulan yang lain.


Dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, janganlah kita mewujudkan amalan membazir, berbelanjalah ikut kemampun bukannya ikut hawa nafsu. Golongan yang tidak berkemampun jangan kita lupakan. Tunaikanlah zakat fitrah, semoga ia dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama meyambut hari lebaran.

Buat Pengembara atau perantau yang bakal pulang ke kampung halaman berhati-hatilah dijalan raya. Ingatlah orang yang tersyang yang setia menanti kepulangan kita. Saya doakan agar Allah merahmati perjalanan anda semua amin. Raikanlah sambutan lebaran kali ini dengan penuh kegembiraan bukannya dengan tangisan.


Dikesempatan yang ada ini, saya selaku pengendali merangkap penulis blog ini, ingin mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf buat seluruh sahabat, rakan taulan dan pembaca blog pahlawan merah ini, sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan saya, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Ampun maaf ku pohon abadi, sempena kedatangan Idilfitri ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDILFITRI....
MAAF LAHIR DAN BATIN DARI SAYA SEISI KELUARGA..

No comments: