Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, July 26, 2009

ANALISIS PAHLAWAN MERAH : M.U MILIK PAS



Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis. Walaupun sibuk dengan tugas seharianku sebagai seorang pendidik namun tidak mematahkan semangat dan keinginan ku untuk berkarya.

Walaupun Pilihanan Raya Kecil (PRK) N.41 Dewan Undangan Negeri Kelantan, Manek Urai (M,U) sudah pun melabuhkan tirainya, masih lagi tidak terlambat untuk saya berbicara tentang topik ini.

PRK kali ini terus menyaksikan Pakatan Rakyat meneruskan rentak kemenangan 6 kali berturut-turut apabila sekali lagi berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) kali ini di Manek Urai.

Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Islam Se- Malaysia (PAS) menang dengan majoriti 65 undi. PAS yang diwakili oleh Mohd Fauzi seorang peraih ikan mendapat uni sebanyak 5345 undi, manakala Calon BN Tuan Aziz bekas Pegawai Kesedar mendapat 5283 undi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mohd Fauzi atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Uji dikalangan masyarakat tempatan. Kemenangan calon PAS ini membuktikan bahawa rakyat Kelantan masih lagi berdiri teguh dibelakang kepimpinan Ulama’ yang diterajui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Walaupun pelbagai isu yang melanda PAS, terutama melibatkan Tok Guru Nik Aziz dengan Hj Hadi, namun tidak sedikit pun menggugat PAS untuk mengekalkan kerusi M.U ini. Kemenangan PAS di M.U sememangnya sudah dijangka, ini kerana M.U merupakan salah satu kawasan kubu kuat PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Krai.

Kemenangan calon PAS ini tidak perlu lagi dipertikaikan, walaupun menang dengan majoriti 65 undi, namun kemenangan ini membuktikan PAS terus diberikan kepercayaan untuk menerajui M.U. kemenangan kali ini dilihat lebih bermakna buat buat Pas dan Pakatan Rakyat (PR) yang dilihat bukan sahaja berdepan dengan Umno/BN tetapi berdepan dengan seluruh jentera kerajaan yang mengutuk cara kepimpinan kerajaan negeri yang berada dibawah pemerintahan PAS. Bukan setakat itu sahaja SPR juga turut dilihat membantu dengan mengadakan piliharaya pada pertengahan minggu dan pertengahan bulan untuk menyukarkan pengundi luar untuk pulang membuang undi dari segi cuti dan kewangan. Mereka cukup bimbang dengan pengundi luar yang dikatakan akan menentukan kemenangan pada PRK.

Analisis yang dapat dibuat oleh saya, kekuatan PRK kali ini bergantung pada isu dan Calon yang bertanding. Kedua-dua calaon yang bertanding pada PRK kali ini mempunyai imej yang bersih tanpa sebarang rekod yang boleh dijadika isu oleh kedua-dua parti yang bertanding.

Bagi PAS mereka megemukakan calon terbaik itu Mohd Fauzi seorang peraih ikan yang dikatakan cukup mesra rakyat telah berjaya memikat dan mencuri hati pengundi di M.U. Ditambah pula dengan isu yang dikemukakan oleh PAS cukup menyentuh hati masyarakat di M.U iaitu Isu tuntutan royalti minyak ( Di Pantai Senok, Bachok Kelantan) dilihat sebagai “tening point” kemenagan ini.

Berbandingan dengan BN mereka masih lagi mengekalkan corak kempen yang sama pada PRK sebelum ini iaitu isu pembangunan dan habuan yang dijanjikan kepada rakyat. Isu yang dibawa oleh mereka kali ini gagal menawan hati penduduk M.U.

Tanpa sebarang janji manis yang ditabur oleh PAS, kematangan rakyat M.U wajar dipuji. Mereka tetap memilih untuk terus bersama kepimpinan ulama’. Walaupun di janjikan dengan habuan dan projek-projek pembangunan oleh BN untuk menjadikan M.U sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan ternyata gagal menambat hati para pengundi di dun M.U.



Bagi BN pula, kekalahan ini pasti memberikan tamparan baru buat parti itu dalam usaha mereka untuk terus menawan hati rakyat, selepas 8 PRK yang berjalan BN hanya meraih satu kemenangan sahaja, itupun di Batang Ai, Serawak. Selebihnya di menangi oleh calon dari PR yang terdiri dari Parti Keadilan dan PAS. Ternyata gelombang kebangkitan rakyat semakin terselah setiap kali PRK berlangsung.

Kesimpulan yang dapat dibuat, BN perlu mengubah taktik dan cara berkempen jika hendak memenangi hati rakyat. Rakyat sudah mula bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Dikesempatan ini juga, saya diingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua parti yang bertanding, ini kerana PRK kali ini dilihat sebagai PRK yang paling selamat tanpa sebarang kekecoha yang besar sepanjang kempen berjalan. Buat encik polis, saya ucapkan jutaan terima kasih dan syabas diatas kejayaan encik polis menjalankan amanahdan tanggungjawab yang diberikan.

Buat Abe Uji selamat menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi N.41 Manek Urai. Jadilah pemimpin yang berbaik dikalangan terbaik, bukanya yang terbalik. Seluruh warga penduduk M.U meletakkan kepercayaan dan harapan buat Abe Uji untuk menjadi wakil mereka di dalam persidangan dewan undangan negeri…








No comments: