Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Monday, June 1, 2009

Wira Merah Kembali Ke Kota Bharu


Nantikan Kemunculan Semula Wira Merah di Sini (Mulai Juno 2009)

Creadit Maxis RM 10 untuk Yusran (kes sponsor gambar..hahahaha...)

Setelah berkenalan hampir sepurnama di laman orang, kini skuad Wira Merah mampu tersenyum riang apabila larangan penggunaan keatas gelanggang keramat mereka Stadium Sultan Muhammad Ke IV sudah pun ditarik balik berkuatkuasa serta merta.

Penarikkan balik larangan tersebut disambut dengan penuh kesyukuran oleh peminat setia pasukan Wira Merah. Usaha tidak jemu-jemu dari pihak pengurusan KAFA mengemukkan rayuan, sambil dibantu oleh sokongan peminat setia, ternyata membuahkan hasil. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM minggu ternyata melegakan seluruh warga Pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)yang sebelum ini terpaksa menanggung jumlah perbelanjaan yang besar sehingga memaksa pihak KAFA untuk berehat seketika dari saingan Liga Super. Dipihak penyokong pula, rata-rata mereka yang temui bersyukur kerana mereka tidak perlu lagi berkelana dari Kota Bharu ke Bukit Jalil semata-mata untuk memberikan sokongan buat Wira Merah.

Kepulangan semula Wira Merah ke laman sendiri dilihat sebagai tonik yang paling mujarab buat pasukan Kelantan takkala mereka dilanda kekalahan lima perlawanan berturut-turut. Keperitan dan kepenatan perjalanan yang jauh, ditambah dengan jadual yang ketat ternyata memberikan kesan yang mendalam buat Wira Merah.

Peristiwa yang berlaku pada 7 April seharusnya dijadikan pengjaran dan iktibar buat semua peminat setia Wira Merah. Dek kerakusan penonton yang boleh diistilahkan tidak bertamadun ini hamper menguburkan dan menjahanamkan maruah bolasepak kelantan. apa yang diharapkan oleh seluruh peminat setia Wira Merah agar peristiwa itu tidak akan berulang lagi. Biarlah ia menjadi sebahagian daripada sejarah.

Perlawanan persahabatan pada 6 Jun ini merupakan ujian sulung buat KAFA samada mereka sudah pun bersedia atau tidak dengan sebarang kemungkinan. Saya dipihak penyokong kelantan melahirkan rasa yakin dan percaya bahawa KAFA sudah pun bersedia dari segala aspek. Oleh itu datanglah beramai-ramai sebagai tanda sokongan buat pasukan dan buktikan bahawa kita penyokong yang bertamdun.

No comments: