Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, May 19, 2009

PAHLAWAN MERAH ANALISIS : FAM BUNUH BOLA SEPAK MALAYSIA

Kebanjiran Peminat Setia Kelantan Ke Stadium Menghadirkan
Gerun Buat Pasukan Lawan



Insiden Inilah Punca Kepada SSM ke IV Di Gantug


Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung dengan kebenaran menggunakkan semula Stadium Sultan Muhammad Ke- IV sebagai gelanggang rasmi mereka dalam saingan Liga Super 2009 dilihat sebagai tindak kurang tepat dan amat tidak wajar. Ini kerana tindakan tersebut boleh membunuh kemeriahan Liga Malaysia.


Seperti mana yang kita ketahui, Kelantan antara pasukan yang boleh dijadikan contoh, apabila sentiasa mencatatkan kutipan tertinggi penjualan tiket sepanjang perlawanan Liga Super berlangsung. Hal ini dapat dibuktikan apabila hampir 18- 25 ribu orang peminat setia Kelantan hadir ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSM ke –IV) untuk memberikan sokongan buat pasukan kesayangan mereka. Kutipan tertinggi yang pernah dicatatkan oleh pasukan kelantan ialah semasa pertemuan Kelantan Vs Negeri Sembilan ( separuh akhir pertama 2009). Saya dimaklumkan oleh staff perbadanan stadium Kelantan kutipan pada malam tersebut hampir mencecah RM 200 ribu. Kutipan tersebut merupakan antara kutipan tertinggi yang pernah dicatatkan oleh pasukan Kelantan. Begitulah sebaliknya jika perlawanan melibatkan pasukan kelantan ditempat lawan, kutipan dan kehadiran peminat boleh dibanggakan.


Layak ke pentas Final Piala Fa 2009, telah memberikan impak yang besar buat bolasepak Malaysia dan Kelantan. Sambutan luar dugaan peminat kelantan tidak boleh dipandang sepi oleh FAM. Saya dimaklumkan hampir 50 ribu peminat setia kelantan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan. Kegilaan penyokong kelantan telah berjaya mencetuskan revolusi baru bolasepak Malaysia yang dilihat agak suram sebelum ini, khususnya dari segi sokongan peminat.

Namun begitu, semuanya telah berubah. Tanggal 7 April 2009, berlakunya satu insiden yang mengemparkan seluruh peminat bolasepak Negara. Insiden rusuhan penyokong kelantan dan tindakan membakar trak Polis serta merosakkan harta benda awam telah mencemarkan imej bolasepak kelantan. Tindakan tidak bertamadun segelintir penyokong seakan telah mencabut nyawa peminat setia wira merah.


Tindakan FAM menggantung semua perlawanan di SSM KE –IV dilihat sebagai suatu tindakan tidak wajar. Ini kerana keputusan yang dibuat hanya mengambil masa 2 hari sahaja. Ini jelas mencermikan bahawa badan induk itu, tidak bijak dalam pembuatan keputusan. Keputusan yang dibuat itu ternyata sesuatu yang pahit untuk ditelan oleh para pemain, pengurusan dan peminat setia kelantan. Dalam konteks ini tindakan FAM boleh diibaratkan hukum dulu baru kaji.


Ekoran tindakan kurang bijak FAM memindahkan vanue perlawanan dari Kota Bharu- Bukit Jalil ternyata membawa padah buat kelantan. Jarak perjalanan yang jauh beratus batu serta jadual yang padat ternyata memenatkan para pemain sehingga menganggu fokus dan tumpuan pemain. Hasilnya prestasi kelantan turun dengan mendadak.


Mula kedengaran suara dan rintihan peminat setia kelantan yang mempersoalkan tindakan kurang bijak badan induk bolasepak Negara itu yang menyebabkan reputsi kelantan mula tercalar. Rata-rata peminat yang saya temui kesal dengan tindakan badan induk tersebut. Mereka berkata tindakan ini boleh membawa kehancuran pada bolasepak Malaysia.


Kesungguhan pihak KAFA mengembalikan sinar buat bolasepak kelantan mula membuahkan hasil. Lihat sahaja sebaik sahaja Liga Malaysia bermula, kelantan telah berjaya menarik semula peminatnya untuk membanjiri stadium. Usaha keras KAFA berbaloi apabila hampir 15-20 ribu penyokong turun memenuhkan stadium.


Kemasukan beberapa bintang bolasepak Negara kedalam pasukan kelantan, menyebabkan kegilaan rakyat kelantan terhadap bolasepak semakin menjadi-jadi. Ini dapat dibuktikan pada pentas Final. Seluruh Negara menjadi saksi kebanjiran peminat merah merah memenuhkan stadium nasional Bukit Jalil. Peminat pasukan lain tabik terhadap penyokong kelantan, tidak kira kalah atau memang, mereka tetap turun memberikan sokongan. Inilah dia penyokong sebenar.


Jadi apa yang diharapkan oleh penyokong setia kelantan, agar pihak FAM mengkaji semula keputusan yang dibuat. Jangan sebabkan nila setitik rosak susu sebelangga. Bolasepak kita wajah kita, jadi kitalah yang akan mencoraknya, samaada untuk jadi hansem ataupun comot.

.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SangKunang said...

bahana tragedi 7 april sudah memberi kesan buruk kepada the red warriors.
memang tepat, hukuman fam membunuh bolasepak malaysia.
tiada lagi sorakan keramat kota bharu.
tiada lagi gelora merah putih.
tiada lagi laungan perkasa pahlawan cik siti wan kembang.
tiada lagi !
football no more in kota bharu.

matlamat mereka sudah tercapai.
sudah puas hatikah FAM ????