Perhatian
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih
Kedudukan Liga
Monday, May 4, 2009
Kisah Mat Toyib Dan Keropok Jualannya
Hari ini dan semalam banyak beza. Bermacam-macam suka duka, pahit maung kita rasai dan kita lalui. Kenangan yang dirakamkan semalam telah banyak membantu diriku memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada diri ini.
Hari ini aku ingin berkongsi sebuah cerita tetang kegigihan dan kecekalan seorang hamba Allah yang bernama Mat Toyib. Dulu aku tidak mengenali siapa Mat Toyib ini, hinggalah suatu hari ketika aku sedang minum dengan rakan-rakan seperjuanganku disebuah medan selera, aku telah disapa oleh seorang lelaki yang tidak ku kenal siapa gelaranya.
Sambil mengucapkan salam, lelaki tersebut menghulurkan tanganya untuk bersalam dengan ku, alangkah terkejutnya aku melihat keadaan fizikal lelaki tersebut, rupa-rupanya beliau dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
Selepas itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Mat Toyib. Mat Toyib berasal dari sebuah daerah di Selatan Thai. Mat Toyib terpaksa berkenala ke Kelantan demi mencari sesuap rezeki bagi menyara anak dan isterinya yang berada di sana.
Walaupun Mat Toyib tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), kegigihan Mat Toyib menjualkan keropok demi mencari sesuap rezeki begitu menyentuh hati ku. Terdetik di fikiranku keperitan yang dialami oleh Mat Toyib yang terpaksa menggalas keropok jualannya yang berkilo-kilo itu untuk mendapatkan sesuap rezeki buat menyara dirinya dan keluarga. Ketabahan dan ketekunan Mat Toyib mencari rezeki dengan menjual keropok boleh dijadikan contoh oleh kita semua sebagai orang yang sempurna demi mencari sesuap rezeki. Keadaan fizikal Mat Toyib yang agak terbatas, tidak pernah menghalangnya, untuk mencari sesuap rezeki yang halal bagi menyara kehidupanya. Walaupun pendapatnya kurang lumayan dan terpaksa berjalan berkilo-kilo meter, namun Mat Toyib tidak pernah mengeluh dengan pekerjaan yang dilakukannya sekarang. Keadaan fizikal Mat Toyib tidak pernah dijadikan sebagai batu penghalang untuknya.
Begitulah, keperitan seorang insan yang bernama Mat Toyib mencari sesuap rezeki untuk di suapkan kedalam mulut keluranya. Keperintan inilah yang banyak mengajar kita, supaya menghargai dan mensyukuri setiap titisan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jadi kita sebagai hambaNya perlulah berterima kasih diatas kurniaan rezeki tersebut.
Hayati dan renungkanlah kata-kata Tok Guru Menteri Besar kelantan
“Belanja jangan sampai boros,
Berjimat jangan samapi kedekut”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment