
Lain padang, lain belalang,
Lain orang, lain ragamnya..
Itulah pepatah yang sering digunakan oleh masyarat terdahulu untuk menilai sesorang. Namun begitu pepatah ini masih lagi boleh diguna pakai dalam zaman moden ini. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan bahawa pepatah dulu tidak seseuai digunakan.
Bagi aku pula lain, tak kiralah pepatah lama atau baru, selagi ia sesuai digunakan. Disini aku ingin berkongsi sebuah kisah iaitu Aku Dan Kamera. Kamera merupakan satu alat penting yang perlu ada dan dimiliki oleh seseorang. Bagi diriku kamera adalah sebahagian dari hidupku. Kemana saja aku pergi pasti kamera akan dibawa bersama. Tanpa kamera disisi, aku akan merasakan bahawa perjalanan atau pengembaraan yang dilalui itu tidak lengkap. Tujuan aku membawa kamera setiap kali keluar dari rumah adalah untuk merangkam saat-saat terindah atau pengalaman yang dikutip semasa berjalan atau bersiar-siar. Pengalaman yang dirakamkan dalam bentuk gambar ini mampu memberikan satu kepuasan bagi diriku.
Bagi memenuhi hasrat dan mencapai kepuasan diriku, aku telah membeli sebuah kamera jenama Nikon yang berharga RM 500. Sebuah kamera digital yang kedua dibeli oleh aku, selepas kamera digital pertama jenama Genius hilang dari simpananku. Kamera ini merupakan salah satu asset yang paling aku sayangi selepas Motorsikal Ex-5. Walaupun kamera ini di panggil Kamera Cap Ayam Mengeram, namun kamera inilah yang telah banyak membantu aku merakamkan suka-suka, pahit maung dan bermacam-macam lagi bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakanku baik semasa menuntut di universiti mahupun masa bekerja.
Banyak jasa yang telah ditaburkan oleh kamera ini dalam merangkamkan suka duka sebuah kehidupan ku. Tanpa kamera ini, mungkin aku terlepas banyak detik atau kenangan terindah yang tidak dapat dirakamkan.
No comments:
Post a Comment