KOTA BHARU - Desas-desus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army), Bojan Hodak menggantikan Peter Butler semakin bertiup kencang apabila dia mula mengendalikan sesi latihan skuad The Red Warriors di sini, semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia di padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pasir Tumboh, dekat sini mendapati, sesi latihan yang berlangsung selama satu jam setengah itu berjalan dengan lancar.
Biarpun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut, namun pengendali kelahiran Croatia itu dilihat tidak kekok untuk mengendalikan sesi latihan tersebut yang turut dibantu oleh penolong jurulatih, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin.
Sementara itu, Hodak ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut mengenai kehadirannya melatih skuad The Red Warriors.
"Itu anda (wartawan) kena tanya sendiri kepada pihak pengurusan KAFA. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perkara ini. Tugas saya di sini hanya membantu mengendalikan sesi latihan pasukan sahaja," katanya.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler yang direhatkan buat sementara waktu oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkemungkinan besar bakal meninggalkan The Red Warriors.
Dalam pada itu, sebuah blog, balikpapanpost melaporkan, Peter Butler dikatakan akan melatih pasukan Persiba Balik Papan, Indonesia - Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment