Itu cerita pertemuan Kelantan dan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebentar tadi.
Turun dengan semangat tinggi untuk menebus maruah selepas tumbang kepada T-Team, Rabu lalu tuan rumah tampil mempamerkan aksi bertenaga apabila mencipta peluang untuk menghasilkan jaringan namun gagal disudahkan dengan baik oleh jentera serangan.
Serangan bertali arus tuan rumah untuk menghasilkan gol akhirnya tiba pada minit ke-8 apabila kapten pasukan, Mohd. Badri Razdhi bijak memanfaatkan peluang untuk menghasilkan gol pada minit-ke8 selepas kelam kabut di pintul gol pelawat.
Gol tersebut terus melonjakkan moral Kelantan untuk menganggakan jumlah jaringan. Peluang terbaik hadir pada minit ke-24 apabila pemain sayap lincah Nurul Azuwan Roya dijatuhkan dalam kotak penalti.
Bagaimanapun penggempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha gagal memanfaatkan peluang tersebut apabila sepakannya berjaya ditepis keluar olehb Mohd. Rosfaizol untuk mengecewakan kem Kelantan.
Gol tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan membawa bekalan satu jaringan ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Pahang memperkemaskan corak permaianan dengan melancarkan serangan ke kubu Kelantan dan memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-46 namun gagal di sudahkan oleh Azamuddin Akil.
Tersentak dengan asakan pelawat, Kelantan mula memperkemaskan corak permainan, namun deretan peluang yang terhidang gagal disudahkan menyaksikan Kelantan berpuas hati dengan satu jaringan.
Kemenangan ini menyaksikan, Kelantan kembali merampas kedudukan selaku peneraju liga dengan kelebihan jaringan.
No comments:
Post a Comment