oleh PahlawanMerah
KOTA BHARU - Kelantan meneruskan rentak cemerlang apabila membelasah Perlis 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, sebentar tadi.
Beraksi di lebih 15,000 peminat setia, tuan rumah memulakan asakan awal dan berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-6 menerusi penggempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha namun melawati palang.
Pada minit ke-26, Norshahrul sekali lagi tampil dengan peluang terbaik untuk menjraingkan gol, namun sepakannya berjaya dinafikan oleh ketangkasan Mohd. Amirul Rosli di gawang gol Perlis.
Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan jaringan menerusi pemain muda Mohd Izuan Salehuddin apabila sepakan lencungnya gagal diselamatkan oleh Mohd. Amirul Rosli.
Bersambung babak kedua, kelantan terus bernafsu untuk menjaringkan gol. Pada minit ke-51 Norshahrul Idlan Talaha menceriakan peminat setia The Red Warriors untuk gol kedua tuan rumah.
Pemain gantian Mohd. Nizab Ayub membalas kepercayaan yang diberikan oleh m.Karathu apabila meledak gol ketiga Kelantan.
Kapten pasukan Mohd. Badri Radzhi menutup malam gemilang tuan rumah menerusi gol keempat pada minit ke-73.
Kemenangan ini menyaksikan Kelantan merampas kedudukan kedua liga daripada Terengganu, namun berkelebihan satu perlawanan.

No comments:
Post a Comment