Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, May 4, 2010

Teringat...

Entah kenapa tiba-tiba aku teringkatkan semula kenangan sewaktu mengajar di SMAD. Barang kali kerinduan terlalu mendalam pada anak didiku. Entah apa khabar dia orang sekarang, macam mana dengan pelajaran. Aku harapkan semoga semua berjalan dengan lancar.

Walaupun aku tidak lagi mengajar dia orang, namun kenangan bersama masih belum dapat ku padamkan dari kotak fikiranku. Makin dilupa makin kuat plak ingatan ini. Ya Allah tabahkanlah hatiku ini.

Masih terngian-ngian di telingaku gelak lawa semasa bersama terasa baru semalam perkara itu berlaku. Biarpun hampir setahun lepas ia berlaku. 6 bulan berasama seabadku rasa, hanya itulah yang mampu ku luahkan. Sepanjang aku berasa disana banyak yang telah ku pelajari antaranya erti kehidupan, erti pengorbanan sebagai seorang pendidik yang beluam pernah aku rasa.

Memang betul kata guruku dahulu, kalau nak kaya jangan jadi cikgu kerana cikgu hanya kaya dengan pengalaman. Betul kata guruku itu. Kaya dengan kenangan dan itulah yang berlaku pada diriku sekarang.

Andai dapat ku undurkan putaran dunia, inginku kembali semula ke sana. sekiranya aku dapat kembali kesana akau berjanji akan buat lebih baik dari apa yang aku lakukan sebelum ini, akan ku curahkan segala kasih dan sayangku ini pada anak didiku.

Tapi apakan daya takdir telah menentukan bahawa aku bukan lagi cikgu dia orang. Aku redha atas semua ketentuan ini, mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua perancangan ini. Aku percaya kepada janji tuhan, mungkin dia nak bagi yang lebih baik lagi buat diriku...


1 comment:

~kasih furah~ said...

ala..senang jer timin..ko p la sek 2 jupa diaorg..abis citer..