Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, May 16, 2010

Selamat hari Guru...

Alhamdulillah ku panjatkan syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya aku masih lagi di berikan kesempatan untuk mengihirup udara segar di dunia ini.

Masih tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru buat seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia.

Masih lagi ku ingat, jika aku masih di bangku sekolah, aku sering mengucapkan selamat hari guru cikgu, tetapi berbeza pada hari ini apabila anak-anak muridku pula mengucapkan ungkapan begitu buat diriku.

Satu nikmat yang tidak terhitung ku rasa, bila mendengar ungkapan itu, entah kenapa ku terasa macam air mata ini seoalah-olah mahu menitik keluar sebaik sahaja aku mendengarnya.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku bergelar sebagai seorang pendidik. walapun aku masih mentah lagi dalam bidang ini, namun ku rasa ia seakan sudah sebati dengan diriku ini.

Dikesempatan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamah hari guru kepada guru-guru yang pernah mendidik dan memberikan tunjuk ajar pada diriku.

Mintak halalkan semua ilmu yang diberikan..Terima Kasih Cikgu....



No comments: