Seletah berehat hampir 2 bulan, kancah bola sepak Malaysia akan dibuka secara rasminya pada 9 Januari ini. Tak kala semua peminat dan pengkritik bola sepak Malaysia tertumpu ke arah pertembungan 2 Juara iaitu Selangor ( Piala Fa & Liga Super 2009) dengan Negeri Sembilan ( Juara Piala Malaysia) di Stadium Nasional yang akan turun merebut Piala Sumbangsih pasti tidak akan mampu menarik minat warga pantai timur untuk menyaksikannya.
Selain pertemuan menarik antara 2 juara. Pertembungan di pantai timur tidak kurang hebatnya iaitu pertemuan “East Coast Derby” antara Kelantan yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah di Kuala Terengganu.
Pastinya seluruh warga pantai timur akan memberikan tumpuan terhadap perlawan tersebut memandangakan kedua – dua pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing masing. Pertembungan dua jiran tertangga pada musim ini di perlawanan pembukaan ini, bakal mempertaruhkan kredibiliti dua nama yang tidak asing dalam liga bolasepak tempatan bakal iaitu B.Sathianathan (Kelantan ) dan Irfan Bakti ( Terengganu).
Selain cuba mendapatkan 3 mata berharga pada perlawanan pembukaan, masing sudah pasti enggan pulang tanpa sebarang mata apatah lagi berkongsi mata. Pertemuan ini juga boleh disifatkan sebagai pertemuan 2 jagoan Pantai Timur yang pasti akan menghidangkan aksi menarik, selain dari gelagat penyokong fantik kedua – dua pasukan.
Berdasarkan rekod pertemuan musim lepas, agak seimbang dimana kelantan memang 3-2 di Kota Bharu dan Terengganu menag 2-0 di Kuala Terengganu. Itu cerita dulu, lain pula cerita untuk musim ini,. Sudah pasti kedua - dua pasukan sudah bersedia untuk perlawanan pembukaan ini.
Tugas berat menanti B. Sathianathan apabila Kepakaran dan sentuhan beliau pasti ditagih oleh seluruh peminat setia wira merah untuk membawa pulang 3 mata dari kuala Terengganu, setelah Kelantan mempamerkan aksi bertenaga pada musim lepas. Turun dengan status pasukan yang dilabel “Berstatus bintang” pastinya berat untuk Sathia meneruskan kesinambungan yang telah ditinggalkan oleh Peter James Butler dan mengapai harapan pihak pengurusan untuk membawa pulang sekurang – kurangnya 1 piala musim ini.
Kemasukan 7 pemain bertaraf bintang musim ini sudah pasti menghadirkan gerun buat pasukan lawan. Musim lepas kelemahan ketara pasukan Kelantan ialah posisi pertahanan, kemasukan Azizi Mat Rose dan S. Subaramanin dilihat telah memantapkan lagi posisi tersebut yang agak longgar. Sentuhan azizi pastinya ditagih bagi memantapkan posisi tersebut bersama pemain sedia ada seperti Farisham, Daudsu, Zamri, Rizal dan Zairol Fitri.
Begitu juga di posisi tengah. Kembalinya Shakir Sa’ari ke pangkuan Kelantan telah memberikan impak yang besar buat pasukan. Jika dulu Kelantan tidak mempunyai pilihan (Badri) untuk merencana jentera tengah, kehadiran Shakir telah memberikan nafas baru buat jentera tengah Kelantan. Sentuhan dan kredibiliti beliau tidak perlu di persoalkan lagi. Berdasarkan perlawanan persahabatan Shakir telah berjaya mengemudi jentera tengah Kelantan dengan sempurna dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama indra, badri dan farhan.
Posisi serangan musim ini, Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pilihan. Himpunan peledak berbisa seperti Hairuddin Omar, S. Canturu, Nor Shahrul Idlan, Che Hisamudin dan Akmal Rizal dilihat mampu merobek pertahanan lawan. Rata –rata kombinasi yang dimiliki Kelantan sudah masa dengan iklim bola sepak Malaysia.
Bagi bekas pengendali skuad olimpik Negara B. Sathia pertemuan menentang Terengganu ini adalah ujian sulung buat dirinya setelah sentuhan pertamanya bersama Kelantan agak membanggakan. Sedikit berita gembira bekas pengendali skuad kelantan B. Sathia ilah tiada lagi kouta bawah 20 tahun yang perlua ada dalam setiap perlawanan. Tiadanya peraturan ini, pasti memudakan kerja beliau untuk merencanakan taktikal pasukan.
Namun begitu tidak ada jawapan mudah buat bekas pegendali perlis Irfan Bakti Abu Salim untuk bertemu dengan pasukan yang sedang meningkat naik iatu Kelantan. Sudah pasti menghadirkan ujian getir buatnya setelah mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Ken Worden.
Walau bagaimanapun kemampunan barisan Terengganu juga tidak boleh dipandang rendah. Kemasukan beberapa nama besar dalam bola sepak Malaysia seperti K.Rajan, Helmi Remeli (KM.Naza), Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Perlis) Tengku Hasbullah Tengku Hassan (KL Plus), Joseph Kalang Tie dan Ronny Harun (Sawarak) pasti memberikan impak buat pasukan Terengganu.
Manakala aksi, K. Rajan serta kelibat pakar sepakan percuma mereka – Zairo Anuar Zailani pasti ditagih untuk merencanakan tugas dibahagian tengah. Jika ketiga – tiga mereka ini diberikan runag yang cukup pastikan akan merbahaya Kelantan. Gandingan rangkaian penyerang mereka diketuai Abdul Manaf Mamat – Wan Muhammad Alif wan Jasmi dan Mohd Ashaari Shamsuddin juga perlu dirantai oleh barisan pertahanan Kelantan andai tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
1 comment:
ulasan yang mantap. East Coast Derby yang menarik hujung minggu ini. Sathianathan mahupun Irfan Bakti tetap melaungkan keyakinan bahawa masing2 mampu meraih 3 mata.
Rekod musim lalu seimbang. Tidak mustahil, Terengganu kali ini tumbang. Tidak mustahil juga Kelantan sengsara di Kuala Terengganu.
Pilihan saya tetap optimis : Terengganu 1 Kelantan 2
Post a Comment