
PELEDAK SENSASI THE RED WARRIORS.
(Ehsan : Zul Photo)
Selepas aksi kurang konsisten di Perak tempoh hari, Kelantan bangkit kelandasan sebenar apabila membenam cabaran Pulau Pinang 3-1 dilaman sendiri malam tadi.
Tiga gol sumbangan peledak sensasi kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talhah sudah cukup memberikan tiga mata berharga buat pasukan dalam usaha meneruskan pendakian memburu kejuaraan liga super.
Kelantan beraksi di laman sendiri gagal menggunakan kesempatan tersebut apabila terlebih dahulu dihukum oleh jentera serangan pelawat diminit ke 13 menerusi tandukan ketua pasukan V.Jaganathan.
Tersentak dengan jaringan gol lawan, Kelantan mula memperkemaskan coark permainan. Peluang terbaik tuan rumah untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke 18, namun cubaan Nor Sahrul Idlan terus kedakapan penjaga gawang Pulau Pinang.
Serangan berlati arus gagal membuah hasil, sehingga di minit-minit terakhir apabila Peledak Sensasi negara Nor Shahrul berjaya melepaskan sepakan padu untuk memberikan gol penyamaan buat Kelantan untuk mengikat kedudukan 1-1.
Separuh masa kedua, Kelantan tampil dengan semangat baru. Menyedari hanya kemenangan mampu mengubah kedudukan, Kelantan bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan.
Minit Ke-50 Stadium Sultan Muhammad Ke-Iv kembali bergema,apabila Nor Shahrul membuktikan ketajaman penyudah apabila meldak dengan gol kedua peribadinya.
Gol tersebut menjadi titik tolak kebangkitan pemain untuk memburu gol.
Minit 88 Kelantan dihadiahkan penalti apabila pertahanan pelawat menjatuhkan Nor Shahrul didalam kotak penalti. Pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan tersebut.
Nor Sharul yang ditugaskan mengambil sepakan tersebut tidak mengecewakan apabila meledak dengan gol ketiga untuk memberikan tiga mata berharga buat Kelantan.
No comments:
Post a Comment