Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, January 26, 2010

Pelajar, graduan didakwa

KOTA BHARU – Dua penyokong bola sepak Kelantan termasuk seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam mengaku bersalah selepas mereka dituduh memiliki mercun ketika ditahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini malam kelmarin.

Tertuduh, Mohd. Zafizi Mohd. Zawawi, 29, dari Kampung Pauh dan pelajar terbabit yang berusia 17 tahun dari Pengkalan Chepa di sini masing-masing mengaku melakukan kesalahan itu di dua mahkamah majistret di sini semalam.

Mereka ditahan di pintu masuk stadium tersebut sebelum mereka sempat menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan dengan Johor FC.

Mohd. Zafizi graduan sebuah pusat pengajian tinggi tetapi masih menganggur mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zafizi yang memiliki lima butir mercun bola ditahan di pintu J stadium itu pada pukul 9.30 malam.

Kes tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Mohd. Ridzuan Pang Abdullah.

Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan seseorang itu boleh didenda tujuh tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Habri menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas Mohd. Zafizi.
Sementara itu, pelajar terbabit pula mengaku salah di hadapan Majistret Azrol Abdullah selepas didakwa memiliki dua butir mercun bola di pintu E pada pukul 8.30 malam.

Pelajar itu juga disabitkan di bawah akta yang sama dan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah.

Azrol menetapkan 17 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seramai 300 pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan pada perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan dengan Johor FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini malam kelmarin.

Menurut beliau, sebahagian anggota polis terbabit ditugaskan di 10 pintu masuk stadium bagi memastikan penonton tidak membawa objek yang dilarang termasuk mercun.

“Disebabkan ada kawalan ketat, tidak ada sebarang kejadian diingini berlaku,” kata beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, polis menaha n dua penyokong Kelantan yang berusia 17 dan 29 tahun yang cuba membawa masuk mercun bola ke dalam stadium.

Dalam perlawanan semalam, Kelantan menundukkan Johor FC dengan keputusan 4-1.
petikan kosmo.com.my
________________________________________________________
Ini adalah peringatan buat penyokong kelantan. Jadikanlah ini sebagai pengjaran. Mari tengok bola sudoh lah, tak payah nak maing bedil. Kalu kena tangkap sapa susah. Diri sendiri dan keluarga jugak yang susah.

No comments: