“ Berakit Rakit Dahulu, Berenang Renang Ketepian,
Bersakit- sakit dahulu, Bersenang- senang kemudian”
Itulah mungkin perumpamaan yang tepat, boleh dijadikan gambaran buat Tan Sri Anuar Musa (TSAM) dalam menguruskan bola sepak Kelantan.
Bukan mudah untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Dari sebuah pasukan kerdil yang penuh dengan pelbagai kontroversi, tetapi kini sudah mampu berada sebaris dengan pasukan elit tempatan. Bak kata pepatah “ Berdiri sama Tinggi, Duduk sama rendah”.
Tetapi itulah kelebihan yang dimiliki oleh pasukan kelantan. setelah sekian loama berada dalam zaman gerhana, tetapi semuanya telah berubah sejak tampuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diambil oleh seorang yang cukup berpenglaman dalam bidang pengurusan iaitu TSAM.
Kemasukan TSAM kedalam saf kepimpinan KAFA telah membawa angin perubahan atau “Wins Of Change” buat pasukan kelantan. bermula dengan penjenamaan semula pasukan dari Skuad Kijang ke “ The Red Worriors @ Wira Merah” telah berjaya mengangkat kembali reputasi pasukan kelantan sebaris dengan pasukan elit dalam saingan Liga Malaysia dan sudah mula menjadi sebutan serta ancaman buat pasukan jiran seperti Terengganu dan Pahang.
Tahun 2009 merupakan tahun kebangkitan semula pasukan dari Pantai Timur. Bermula dengan tindakan berani TSAM yang telah berjaya memancing beberapa nama besar dan berstatus bintang dalam bola sepak Malaysia seperti Indra Putra, Ahmad Azlan zainal, Khalid Jamlus, Daudsu Jamaluddin, Nor Farhan serta Che Hisamuddin Hassan. Kemasukan bintang kedalam pasukan kelantan telah menghadirkan gerun buat pasukan lawan.
2009 Kelate Loni Tok Supo Mulo. Mungkin itulah perumpaan yang paling teapt untuk ditujukan buat pasukan kelantan. sepanjang tahun 2009 menyaksikan pelbagi kejutan yang telah dicipta oleh pasukan jagooan Pantai Timur ini. Bermula dengan tampil menjadi salah satu pasukan terkuat dalam saingan Liga super. Kebangkitan kelantan mula diperkatakan oleh semua pihak.
Kejutan terbesar yang dilakukan oleh kelantan ialah mempamerkan aksi cemerlang untuk layak ke pentas akhir buat kali pertama dalam saingan Piala Fa. Kejayaan tersebut telah menamatkan kemarau pemiant untuk melihat pasukan kelantan kembali beraksi di pentas final. Diikuti dengan peampilan sulung buat kali pertama di pentas akhir Piala
Walaubagimanapun hasrat untuk melihat kelantan membawa pulang sekurang-kurang satu piala musim ini terkecai apabila tewas pada kedua- dua perlawanan akhir tersebut iaitu kepada Selangor (Piala Fa) dan Negeri Sembilan ( Piala
Kejayaan kelantan bagkit dari zaman gelapnya telah berjaya mencipta epic dan sejarah baru buat sukan bola sepak kelantan. kejayaan ini hadir hasil ketelusan TSAM dan ketekunan saf kepimpinan serta pengurusan KAFA yang tidak jemu-jemu berusaha megembalikan zaman kegemilangan bola sepak kelantan yang telah sekian lama dilanda gerhana.
Kejayaan skuad Kelantan hari ini tampak manis dengan sokongan padu peminat setia yang tidak jemu memberikan sokongan buat pasukan. Sokongan luar jangka peminat kelantan telah memberikan impak besar buat bola sepak kelantan serta menjadi tunjang kejayaan pasukan dan telah berjaya merubah iklim bola sepak
Sikap fanatik penyokong setia merah putih ini hadir bukan ketika kelantan berada dikemuncak sahaja, tetapi sebaliknya. Sokongan dari pemiant setia kelantan sudah pun menjadi tradisi dalam bola sepak kelantan dan telah menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke IV sebagai “ Laluan sukar buat pasukan lawan untuk mendapatkan kemenangan”.
Kebanjiran penyokong setia kelantan yang memakai warna ramsi pasukan merah telah memberikan igauan buruk buat setiap pasukan lawan yang berkunjung ke
Akhir kata, saya mewakili seluruh rakyat kelantan mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat TSAM dan pengurusan KAFA yang telah berjaya mengembalikan semua imej bola sepak kelantan.
Pastikan tahun 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Kelantan.
No comments:
Post a Comment