Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, October 24, 2009

Peminat dinasihat jaga kelakuan



Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh merayu kepada peminat supaya hadir ke stadium dengan semangat kesukanan sambil mengingatkan penyokong usah bertindak: diluar batasan menjelang pertemuan suku akhir kedua melibatkan Kelantan dan Plus FC, malam ini.


Jika tidak, persatuan negeri yang terpaksa menerima padahnya.


Diminta mengulas beberapa insiden keselamatan stadium yang longgar sebelum ini, jelasnya faktor keselamatan menjadi tanggungjawab kepada persatuan negeri.


Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menjalankan urusan itu untuk perlawanan akhir sahaja.


Pada pertemuan pertama yang berlansung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras Selasa lalu, masih terdapat segelintir peminat yang berdegil apabila bertindak membaling botol dan membakar mercun ke dalam padang. Malah, pemain Plus FC sendiri turut terkena botol minuman yang dilontar ke dalam padang.


Sebagai tuan rumah malam ini, Kelantan perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku kejadian tidak diingini.


Che Mat mengesyorkan persatuan negeri supaya berunding dengan pihak keselamatan seperti anggota polis dan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) agar kawalan pada malam esok diperketatkan agar keselamatan semua pihak terjamin.


Pada 9 April lalu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dikenakan hukuman denda lebih RM100,000 selain stadium mereka digantung daripada sebarang perlawanan di gelanggang sendiri angkara rusuhan yang berlaku di Kota Bharu.


Bagi FAM, setiap persatuan seharusnya menyedari mengenai karenah peminat mereka dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi membendung sebarang kejadian yang tidak diingini.


“FAM tidak mengambil-alih urusan itu kerana tidak mahu peminat Kelantan dianggap pelik sehingga terpaksa diberi perhatian istimewa. Datanglah dan berikan sokongan di atas semangat kesukanan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nantikan ulasan dari kawe....tentang perkara ini

No comments: