Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, October 30, 2009

JANGAN LALAI




Jangan lalai, itulah pesanan saya selaku peminat setia, untuk pasukan bola sepak Kelantan yang akan berkunjung ke Stadium Utama, Kangar Perlis malam esok untuk pertemuan separuh akhir kedua.


Berbekalkan jaringan Indra Putra dan Mohd Rizal Fahmi pada separuh akhir pertama tempoh hari, bukanlah bekalan selesa buat pasukan Kelantan. Turun tanpa kapten pasukan Indra Putra, Kelantan dilihat bakal berdepan dengan lalaun sukar di Kangar malam esok.


Perlis yang beraksi dilaman sendiri pastinya akan memberikan persembahan yang terbaik untuk memastikan Kelantan terus kecewa untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama selepas tahun 1970.


Perang psikologi sudah pun dilancarkan oleh pengendali Perlis yang berasal dari Kelantan iaitu Ifran Bakti yang mengatakan bahawa Kelantan akan tempang tanpa kelibat Indra Putra. Ketiadaan kapten Kelantan Indra Putra eecara tidak langsung akan memudahkan tugas singa utara untuk membaham Pahlawan Merah di laman sendiri.


Memang tidak dapat dinafikan Kelantan bakal tempang tanpa kelibat Indra. Namun saya yakin dan percaya Ketua Jurulatih Kelantan B.Sathianathan pasti mempunyai ramuan yang cukup untuk menangkis amukkan sang singa utara yang terluka.


Berdasarkan kepada persembahan yang ditunjukkan pada malam selasa lalu, beberapa kepincangan telah saya. Kepincangan utama ialah sikap mudah berpuas hati dengan apa yang telah diperolehi. Lihat sahaja sebaik sahaja pasukan Kelantan mendahului, tempoh permainan secara automatik telah berubah dari tempoh laju kepada perlahan. Tempo ini telah memberikan peluang kepada perlis untuk menguasai permaianan terutama selepas Kelantan mendapat gol pertama dan sikap ini terbawa-bawa di separuh masa kedua. Yang menyaksikan kealpaan dan kelalaian para pemain kelantan hampir dihukum oleh jentera serangan pasukan perlis.


Namun begitu, Kelantan bukanlah calang-calang pasukan. Sepanjang beraksi didalam saingan liga super, banyak sudah pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh para pemain, secara tidak langsung dapat membantu mematangkan corak dan gaya permainan.


Kita lihat satu persatu. Pertama di posisi penjaga gol. Kembalinya Kelibat Halim Napi, selepas tamat tempoh pergangtungan di pintu gol tidak perlu dipertikaikan. Walaupun digelar kuda tua, namun Halim telah berjaya membuktikan bahawa sentuhan beliau masih lagi berbisa apabila mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan para peminat. Berdasarkan hemat saya ketiadaan Indra, mampu digantikan oleh Halim sebagai individu yang mampu menaikkan semangat para pemain.


Kedua diposisi pertahanan. Sebelum ini, posisi pertahanan merupakan posisi yang paling lemah dan cukup mengecewakan didalam pasukan Kelantan. Pencaturan pihak pengurusan membawa masuk Nazrul Erwan ternyata bukanlah percaturan yang silap. Kemasukan Nazrul Erwan telah memberikan impak yang besar buat pasukan terutama di benteng pertahanan. Kombinasi Farisham-Nazrul- Azlan / Rizal- Zairul Fitri dilihat semakin serasi dan mantap. Ketiadaan Zairu Fitri yang tercedera bukanlah masalah bagi Kelantan. Hal ini kerana kekosongan yang ditinggal oleh Zairul telah diisi oleh permata baru Kelantan yang serba boleh iaitu Zamri Ramli, pemain belia yang cukup cemerlang bagi pasukan Kelantan.


Ketiga Posisi Tengah. Ketiadaan bekas kapten Mohd Badri bukanlah masalah bagi jentera tengah Kelantan. Kombinasi terbaru Indra- Daudsu- Khairan dilihat semakin serasi dengan corak dan taktik B.Sathianathan. Ketiadaan Indra malam esok sedikit merencatkan perancangan dan rencanaB. Sathia. Namun begitu saya yakin dan percaya masalah ketiadaan indra pasti oleh diatasi. Berdasarkan hemat saya, pilihan terbaik untuk menggantikan posisi indra tidak lain tidak bukan ialah Zamri Ramli. Zamri merupakan salah seorang pemain yang cukup “Versertail” iaitu boleh bermain untuk semua posisi kecuali penjaga gol. Jika sathia menggunakan zamri untuk menggantikan indra, kekosongan yang ditinggalkan oleh zamri sudah tentu akan diisi oleh Daudsu Jamaluddin. Ini kerana dausu boleh bermain diposisi kiri. Sudah tentu sathia mengetahui kemampun daudsu.memandangkan daudsu penah bermain di posisi tersebut sewaktu mewakili Malaysia.


Kembalinya Khalid Jamlus sudah pasti akan membantu memperkuatkan kembali jentera serangan pasukan Kelantan. Gandingan Khalid- Farhan- Che Hisamuddin pasti menjadi pertaruhan B. Sathianathan untuk merobek gawang perlis yang dikawal rapi oleh Mohd Fariza Marlias yang dilihat agak liat untuk ditembusi.


Saya menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh B.Sathia dalam Akhbar Sinar Harian (29 Okt 2009) yang mahukan anak-anak didiknya menanggap kedudukan masih lagi 0-0 bagi mengingatkan bahawa mereka jangan leka dan selesa menjelang pertemuan kedua malam esok. Bagi 90 minit terpaksa diharungi oleh pasukan Kelantan, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, bola itu bulat. Beraksi digelanggang lawan pastinya bukan tugas yang mudah, ditambah dengan rekod yang cemerlang perlis dilaman sendiri tidak perlu dipertikaikan. Tidak mustahil perlis mampu melakukan kejutan kita para pemain Kelantan alpa dan lalai.


Saranan dan harapan saya buat para pemain teruskan berjuang, jangan mudah putus asa dan lalai serta gerun dengan ngauman singa utara. Ingatlah “ Sokongan Kami Bukan Ketika Menang, Sokongan Kami Zaman Berzaman”



No comments: