Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, October 13, 2009

DOA BUAT GURU

Wahai guru-guru ku
Kami anak-anak didikmu
Ingin memohon restu
Wahai guruku wahai cikguku
Ampunkan dosa-dosaku


Wahai guruku…
Redhakan ilmu yang kau beri padaku


Ku hulurkan selawat dan salam buat Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fatahu Ya A’Lim
Ya Rahmanhu Ya Rahim



Wahai Tuhanku kasihi daku
Kasihi guru-guruku
Wahai tuhanku rahmati diriku
Rahmati guru-guruku


Selamatkanlah mereka dari azab neraka
Jauhkan mereka dari bencana dunia
Berikanlah mereka kekuatan untuk mendidikku
Dekatkanlah mereka kepada rahmat padaMU
Amin Ya Rabbal’Alamin


Ku hulurkan selawat dan salam buat Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fatahu Ya A’Lim
Ya Rahmanhu Ya Rahim


Wahai Tuhan limpahkan hidayahMU
Buat guru-guruku
Wahai Tuhanku berkati diriku
Berkati guru-guruku


Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku
Dan mengasihi ku sewaktu ku menuntut ilmu
Sesungguhnya tak terbalas budi dan jasamu wahai guruku


Ku hulurkan salam buat Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fatahu Ya A’Lim
Ya Rahmanhu Ya Rahim


Wahai guruku wahai cikgu ku, bimbinglah daku
Moga menjadi penyejuk di mata dan kebangaanmu


Ampunkan segala kesalahan dan keterlanjuranku
Halalkan segala ilmu yang dicurahkan padaku
Doakan semoga aku selamat
Didunia dan diakhirat



p/s : Hargai dan kenangilah jasa dan pengorbanan yang pernah guru anda curah dan beri sepanjang anda bergelar seorang murid

No comments: