Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Thursday, May 7, 2009

Lagi wanita hamil maut selepas diragut




KOTA BHARU – Sudahlah beg tangannya diragut sehingga motosikal yang ditunggang hilang kawalan, wanita itu pula kemudian dirempuh sebuah kereta sehingga menemui ajal di tempat kejadian.

Itulah kesudahan hidup Saripah Mohd. Noor, 34, (gambar kecil) selepas diragut dua lelaki berjiwa syaitan di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh di sini semalam.

Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh apabila tali beg tangan yang disilang pada badannya ditarik oleh dua lelaki bermotosikal kira-kira pukul 10.50 pagi.

Selepas terjatuh, mangsa yang mengandung tiga bulan anak keenamnya kemudian dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah, Tumpat untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Lepek, Bachok dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa sebelum itu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya sebelum berlaku pergeseran.

Akibat pergeseran itu, motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak kerana terlalu hampir dengan mangsa.


-------------------------------------------------------------------------------------



Terkejut aku bila baca artikel yang tertulis dalam paper Kosmo hari ini.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang, sana ragut, sini ragut..kalau ragut rumput tak per, ini ragut sesama manusia. Saban hari ada sahaja kelakuan dan aktiviti jenayah yang dipaparkan didada akhbar dan dilaporkan oleh media elektronik. kalau tak silap aku kes ragut ini merupakan kes yang kedua berlaku dalam minggu ini yang menyebabkan mangsa menemui ajal.

Kejadian yang berlaku semalam bagi aku cukup tragis, kerana ia menghilangkan 2nyawa. Satu nyawa ibu satu lagi nyawa bayi yang dikandung oleh mangsa. Alahai apa nak jadi dengan zaman sekarang....

"Ya Allah Selamatkan Kami,
Selamatkan Negeri Kami Dan Negara Kami,
Dari Bala Bencana Amin.....


p/s : Al-Fatihah buat arwah....

No comments: