Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, May 12, 2009

KHAIRAN PERKUAT JENTERA TENGAH KELANTAN



Menjelang pertemuan ke-13 Liga Super menentang pasukan Johor FC, skuad bimbingan peter James butler menerima khabar gembira apabila tonggak tengah mereka disahkan pulih sepenuhnya dari kecerderaan dan bersiap sedia untuk diturunkan.

Pertemuan menentang skuad bimbingan Ramlan Rashid merupakan ujian sulung buat bekas Kapten pasukan Kelantan selepas berehat agak panjang akibat dari kecederaan hamstring yang dialami oleh beliau sebelum ini.

Kehadiran Khairan sebagai pemain yang berpengalaman sememangnya di tagih oleh Bulter. Berbekalkan pengalaman yang dimiliki oleh beliau diharapkan mampu merencanakan gerak-gerak menarik bagi jentera tengah pasukan yang dilihat gagal berfungsi dengan baik.

Gandingan Indra- Badri dan Zamri dilihat akan tampak lebih ampuh dengan kehadiran semula khairan. Khairan yang terkenal dengan corak “defensive midfilder” dijangka tidak mempunyai sebarang masalah untuk membentuk satu gandingan yang mantap. Walaupun sudah lama tidak beraksi, kesungguhan beliau sesama menjali sesi latihan menampakan petanda positif buat jentera tengah pasukan kelantan.


Saya melihat gandingan Indra- Badri- Zamri dan Khairan bakal menggembalikan semula penguasaan jentera tengah kelantan yang sekian lama tidak konsisten dalam beberapa aksi perlawanan terakhir. Pengalaman yang dimiliki oleh beliau diharapkan dapat membantu merencanakan jentera tengah pasukan.

Rata-rata peminat yang saya temui, menaruh harapan yang tinggi terhadap khairan untuk membantu Badri mengemudi jentera tengah bersama-sama dengan Indra dan Zamri Jika sebelum ini kita hanya mengharapkan Indra dan Zamri untuk merencanakan jentera tengah kelantan, kehadiran semua khairan dilihat mampu memberikan nafas dan tonik baru buat kelantan.

Bagi peminat yang berada disekitar Lembah Klang, saya menyeru kepada anada semua untuk dating beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan buat pasukan kelantan.

GOMO KELATE GOMO

No comments: