Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, May 3, 2009

KELANTAN BUKA LEMBARAN BARU BUAT IKLIM BOLASEPAK MALAYSIA.



SKUAD UTAMA KELANTAN TAHUN 2009


Kejayaan Kelantan mara ke perlawan akhir Piala FA edisi ke-19, baru-baru ini telah membukan lembaran baru buat iklim bolasepak Malaysia. Selepas hampir 40 tahun tidak berada dipentas final, Kelantan akhirnya membuktikan bahawa mereka mampu melakukanya sekali lagi apabila layak beraksi dipentas final Piala Fa untuk bertemu Selangor. Selepas berjaya mengecewakan Negeri Sembilan di Paroi dalam aksi separuh akhir ke-2 selepas jaringan tempat lawan diambil kira. Pertemuan pertama menyaksikan kelantan tewas 0-1 di laman sendiri, namun mereka bangkit diarena lawan untuk membenam cabaran Neger Sembilan dengan jaringan 2-1.

Walaupun dipentas Final mereka dikecewakan oleh Selangor melalui tendangan penalti, namun itu bukan persoalan bagi peminat pasukan kelantan. Persoalan yang ingin saya utarakan ialah jumlah kehadiran penyokong dan peminat bolasepak dimalaysia.

Seletah sekian lama, kita tidak dihidangkan dengan kemeriahan kancah Liga Malaysia, tetapi pada malam 25 April 2006, kita telah melihat bagaimana scenario jumlah kehadiran penyokong ke stadium telah berubah. Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh memuatkan hamper 100 ribu penyokong hampir penuh dek pukulan tsunami oleh fenomena “Kebangkitan Skuad The Red Worrios”.

Kejayaan kelantan ke pentas final Piala Fa, telah membuka lembaran sejarah baru buat bolasepak Negara. Rata-rata peminat yang ditemui menggangap bhawa pentas final tahun ini, anatara pentas final yang terbaik pernah disaksikan oleh peminat bolasepak Negara.

Pada malam tersebut kita melihat bagimana, stadium nasional dibanjiri oleh lautan merah yang hampir memenuhkan separuh dari kawasan tempat duduk stadium yang rata-ratanya terdiri dari peminat fanatik pasukan kelantan. Laungan “Gomo Kelate Gomo dan Gol. Gol, Gol” sekali lagi bergema dan berjaya membenamkan laungan peminat setia pasukan selangor. Dan itulah kelebihan yang dimiliki oleh peminat pasukan kelantan.

Walaupun sebelum ini, peminat kelantan dilabel sebagai penyokong yang tidak bertamadun, ekoran tindakan membakar trak polis dan rusuhan pada 11 April yang lalu, namun ia tidak mengambarkan secara keseluruhan penyokong dan peminat setia pasukan Kelantan.

Sesungguhnya, perlawanan pada malam tersebut wajar diingati oleh seluruh para pemiant pasukan kelantan mahupun peminat dan pencinta bolasepak kelantan. Pengjaran yang boleh diambil pada perlawanan tersebut ialah jumlah kehadiran penyokong kelantan pada perlawanan tersebut telah membuka sinar baru buat sukan bolasepak di Malaysia yang sebelum ini ketandusan sokongan dari peminat. Buat penyokong kelantan, anda adalah yang terbaik, bukanya yang terbalik.syabas dan tahniah diucapkan.

No comments: