Perhatian
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih
Kedudukan Liga
Thursday, April 30, 2009
BILA AKU MULA MENULIS SEMULA…
Blog PahlawanMerah merupan blog aku yang kedua selepas ilhamrasa. Blog ini aku abadikan sempena mengambil nama “Skuad Bolasepak Kesayangku iatu The Red Worrios gelaran untuk pasukan Negeri Kelahiranku iaitu Kelantan Darul Naim”.
Sebernya memang berat untuk aku membuka blog baru, hal ini kerana di ilhamrasa aku sudah mempunyai ramai pengunjung yang sudi membaca hasil tulisanku yang tidak seberapa ini. Namun begitu, selepas ilhamrasa mempunyai sedikt masalah, aku telah mengambil keputusan untuk membuka blog baru sebagai tempat untuk aku belajar menulis semula, selepas aku meninggalkan lapangan ini agak lama.
Di blog pahlawan merah ini, aku lebih menumpukan kepada apa yang ingin aku tulis. Blog ini aku gunakan sebagi medium untuk aku meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang ingin aku kongsikan bersama teman-teman. Walaupun sebelum ini aku pernah dikritik kerana tidak pandai menulis, aku mengambil kritikan itu sebagai satu benda yang positif untuk aku memperbaiki setiap hasil tulisan atau idea yang aku canangkan dalam blog ini.
Semoga blog ini, akan dapat membantu aku memperbaiki hasil tulisan yang aku tulis ini, sebelum aku meneruskan penulisan aku ini ke peringkat yang lebih tinggi kerana aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Apa yang aku ingin tegaskan disini ialah :
“Aku bukan sasterawan Negara,
Aku hanya manusia biasa,
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa,
Dan apa yang aku tahu, aku menulis bukan kerana nama”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kawe terharu baco tulisan demo.
mengenai kerendahan diri demo terhadap hasil penulisan membuatkan kawe sedar yg kawe pun menulis x berapo panda.
tp bagi kawe, ccaro gapo. blog kito, ikut panda kito laa nok tulih guano pun dok???
oghe nok baco gak baco, xsey baco gak x rugi pun.
yg penting bagi kito, isi hok kito nok oyak tu sapa. kito kecek kiro pasa bola, sapa laa tu. buke nok bersastera berlipur laro..
haahaha..maghi ngarut sini pulop kawe nih.
bereh sep kito...
THE RED ULTRAS !
Post a Comment