Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, March 23, 2012

Jangan ambil mudah kemampuan lawan - Azman

"Jangan ambil mudah kemampuan lawan.

Demikian komen ringkas yang dilontarkan oleh Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim menjelang pertemuan pasukannya dengan KL SPA dalam aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menurutnya, walaupun Kelantan diramal mencatatkan kemenangan besar dalam perlawanan tersebut, namun kemampuan pasukan berstatus kelab tidak boleh di pandang rendah oleh The Red Warriors.
 
 "Saya harap pemain tidak mengambil mudah pertemuan ini walaupun mereka hanya sebuah pasukan berstatus kelab. Mereka pasti turun habis-habisan untuk mencipta kejutan dalam perlawanan ini," katanya.

 Jelasnya, kebangkitan yang di pamerkan oleh  pasukan berkenaan dalam siangan Piala FA musim ini perlu diberikan perhatian oleh semua pihak termasuk The Red Warriors - pahlawan merah

Monday, March 19, 2012

Kelantan tetap sukar digugat

PENYOKONG Kelantan tidak begitu yakin pasukan kesayangan mereka itu akan meraih kemenangan ketika berdepan Perak dalam saingan Liga Super di Ipoh malam kelmarin.




Kebimbangan mereka hadir selepas Kelantan kehilangan tiga tonggak utama iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat dan S. Subramaniam pada perlawanan tersebut.



Ditambah rekod buruk selepas dibelasah Perak 4-0 musim lalu, ia sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan para peminat The Red Warriors sama ada gergasi Pantai Timur itu mampu mengekalkan kedudukan di persada liga.



Begitupun, penyandang juara Liga Super itu berada pada kelas tersendiri apabila membenam Perak 2-0 di hadapan penyokong sendiri hasil jaringan dua pemain pertahanan mereka, Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak.



Gol pembukaan menerusi Daudsu pada minit ke-11 dan Zairul Fitree selang 16 minit kemudian yang kedua-duanya menerusi sepakan percuma sudah cukup untuk meletakkan Kelantan selesa menerajui takhta Liga Super.



Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kemenangan tersebut adalah rezeki kepada pasukannya kerana kedua-dua gol tersebut dijaringkan berikutan kealpaan penjaga gol pasukan lawan.



Menurutnya, dua jaringan menerusi situasi ‘bola mati’ dan melalui dua pemain pertahanan adalah suatu yang cukup istimewa selain misi membalas hutang lama selepas dimalukan pasukan Perak musim lalu.



“Kemenangan semalam (kelmarin) terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kita kehilangan Ramzul (Zahini Adenan) yang mengalami kecederaan serius dan kita mungkin terpaksa melupakan khidmatnya untuk satu tempoh yang lama.



“Kita tidak dapat menurunkan pasukan terkuat dalam perlawanan malam semalam (kelmarin) berikutan faktor kecederaan tetapi kita memberi kepercayaan penuh kepada pemain yang disenaraikan dan mereka telah membuktikannya,” katanya.



Tambahnya, selain tonggak utama yang tercedera, Indra Putra Mahayuddin juga tidak beraksi pada tahap sebenar berikutan kecederaan lutut yang dialami selain tidak cergas sepenuhnya.



“Indra beraksi dengan lutut yang berbalut tetapi dia rasa dia boleh main sebab itu kita buat keputusan untuk senaraikan beliau. Jika masih cedera kita tidak akan mengambil risiko,” ujarnya.



Dalam pada itu, Azman turut memuji benteng pertahanannya yang begitu ampuh bertahan mematahkan serangan pasukan Perak untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki sehingga ke tiupan wisel penamat.



“Kita kehilangan Subramaniam tetapi Obinna (Nwaneri) mengambil alih tugas tersebut dengan baik dan beliau cukup bagus mengetuai barisan pertahanan mengekang asakan pasukan lawan.



“Bagaimanapun, saya mengakui bahawa aksi pada babak kedua agak hambar kerana kita terikut-ikut dengan rentak permainan pasukan lawan. Kita terpaksa settle down selepas Perak mengasak dan akhirnya kita berjaya mempertahankan kelebihan dua gol tersebut,” jelasnya - kosmo.com.my


Friday, March 16, 2012

NGINTIP LAGI



Penyerang Import Kelantan Mohammad Ghaddar (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Norshahrul Idlan Tahala ketika sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu lalu.






Kemasukkan Indra Putra Mahyuddin ke pangkuan Kelantan dilihat memberikan impak positif buat skuad yang terkenal dengan laungan "Gomo Kelate Gomo"




Hodak (tengah) serius memberikan arahan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan dengan Perak, Di Stadium Perak , Ipoh malam esok

NGINTIP DARI PADANG LATIHAN


Norsahrul Idlan Tahala mula menjalani latihan bersama pasukan selepas mengalami kecederaan bulan lalu.



Antwi cuba melepasi kawalan Zairul Fitree ketika sesi latihan di Kota Bharu, semalam

Kelantan Lawan Perak di Masterskill Kota Bharu

KOTA BHARU - Bukti sokongan tidak berbelah bahagi kepada The Red Warriors, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net)akan mengadakan tayangan layar gergasi melibatkan pertemuan Kelantan dan Perak, esok.

Tayangan layar gergasi tersebut akan berlangsung di hadapan bangunan kolej berkenaan di Lembah Sireh, dekat sini.

Eksekutif Pemasaran kolej berkenaan, Ahmad Fuad Omar berkata, ini merupakan program pertama yang dijalankan oleh pihaknya, dengan kerjasama Kelate.Net.

Menurutnya, tayangan tersebut, pihaknya turut menyediakan 20 cabutan bertuah kepada penonton yang hadir pada malam tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menjemput orang ramai untuk hadir bagi memberikan sokongan pada kepada Kelantan pada perlawanan tersebut - pahlawanmerah

Piya Tekad Sekat Perak di Ipoh

BADRI tidak mahu kekecewaan berulang di Ipoh apabila Kelantan menentang Perak esok.



KAPTEN Kelantan, Mohd. Badri Radzhi atau Piya mahu menjadikan pertemuan dengan Perak dalam pertemuan Liga Super di Stadium Perak, Sabtu ini sebagai medan terbaik untuk menebus maruah selepas tumbang kepada pasukan berkenaan 0-4 musim lalu.



Anak kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu berkata, peluang beraksi dengan Perak mahu digunakan sebaik mungkin dengan membantu Kelantan meraih tiga mata penuh selepas tidak beraksi ketika pasukan tumbang dalam perlawanan tersebut.


"Musim lalu saya direhatkan gara-gara aksi kurang konsisten dalam perlawanan sebelum itu, sehingga menyebabkan saya hanya memanaskan bangku simpanan dalam pertemuan tersebut.                                                             

"Itu cerita musim lepas, perlawanan Sabtu ini cukup penting buat saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan tiga mata, seterusnya menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat iaitu Lion XII dan Terengganu," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Tambahnya, tempoh rehat selama seminggu sudah cukup buat dia dan rakan-rakan sepasukan untuk mengembalikan semula kecergasan selepas mengharungi jadual yang ketat sebelum ini.

Perancangan tengah The Red Warriors itu mengakui pertemuan dengan Perak bukanlah tugas mudah buat dia rakan-rakanya, memandangkan skuad bimbingan Norizan Bakar itu dilihat cukup liat untuk dijinakkan terutama beraksi di gelanggang sendiri.


 Menurutnya, Perak merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain hebat seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Shahrulnizam Mustapha, Shafiq Jamal, dan tonggak import mereka Micheal Kubala.

 Tambahnya, kelibat pemain tersebut perlu diberikan perhatian oleh rakan-rakannya kerana mereka cukup merbahaya sekiranya diberikan banyak ruang pada perlawanan tersebut.

 Walau bagaimanapun, katanya, dia telah bersiap sedia untuk mengharungi ujian getir tersebut dan menuntut rakan-rakan sepasukan untuk menjelmakan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut dengan meriah tiga mata penting.


 "Turun tanpa Mat Yo (Norshahrul Idlan Tahala) dan Subra (S.Subramaniam), saya yakin Kelantan tidak berdepan dengan masalah kerana kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka.


 "Saya harap rakan-rakan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut. Tanpa Mat Yo jentera serangan Kelantan tidak pincang kerana pemain lain seperti Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohammad, S. Chanturu dan lain-lain mampu menjaringkan gol termasuklah Onyekachi Nwoha," ujarnya.


 Mengulas menegenai corak latihan yang di jalankan oleh pengendali kelahiran Croatia Bojan Hodak, Piya berkata dia rakan-rakanya selesa dengan apa yang telah diterapkan oleh jurulatih berkenaan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan corak latihan di bawah kendalian beliau (Hodak). Bagi saya dia seorang jurulatih yang bagus dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang berkenaan," jelasnya - kosmo.com.my

Saturday, March 3, 2012

HODAK SAH MILIK KELANTAN

KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak secara rasminya dilantik sebagai jurulatih The Red Warriors yang baharu bagi mengantikan Peter Butler berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan jurulatih kelahiran Croatia itu disahkan oleh Pengurusi Jawatankuasa Pasukan Negeri Rosmadi Ismail yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurut Rosmadi, keputusan untuk memilih Hodak selaku jurulatih Kelantan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pasukan Negeri yang bersidang semalam.

"Hodak akan bersama kita selama satu musim. Kita yakin dan percaya, kehadiran Hodak mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Peter Butler sebelum ini," katanya.

Hodak yang berusia 41 tahun, sebelum ini pernah melabur bakti selama tiga tahun bersama My Team bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC di Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012.

 Pencapaian terbaik Hodak ialah membantu kelab China , Shandong Luneng Taishan FC muncul naib juara Piala FA di negara berkenaan - Pahlawan Merah